Jumaat lepas aku ada temuduga untuk jawatan Pegawai Hidupan Liar.Ni first time aku dapat temuduga SPA..aku dapat surat temuduga dalam bulan lepas..so ada masa lebih kurang sebulan untuk prepare..untuk preparation, akubanyak baca tentang  PERHILITAN dan  pengalaman2 dan tips temuduga daripada blogger2 lain.

aku sampai kat tempat temuduga tu pukul 6.45 pagi dan akula orang pertama tepacak kat situ..even pejabat tempat temuduga tu pun tak buka lagi..hehe..Kat tempat atashi di temuduga ni ada 4 orang jer candidate so walaupun  datang paling awal, giliran untuk ditemuduga tu ikut urutan alpahabet. aku orang ketiga..

Ada 2 orang interviewer..wakil SPA dan wakil PERHILITAN..atashi expect interviewer ni mesti nampak garang dan menakutkan..tapi sangkaan itu meleset 100%..interviewer aku haritu nampak friendly and siap bole bergurau lagi..cara interviewer tanya soalan pun macam berbual mesra je..

akudi temuduga dalam 20 minit kot..soalan semua direct to the point.. antara soalan2 ditanya adalah:


  •  Apa yang anda faham mengenai PERHILITAN?
  • Apakah kepentingan PERHILITAN?
  • Kenapa hidupan liar ni penting?
  • Bagaimana kamu relatekan projek tahun akhir kamu dengan kepentingan PERHILITAN
  • Last sekali dorang akan suruh kita tanya soalan..
saje nak share pengalaman ditemuduga ni..kot2 berguna untuk orang lain kan..hee..












1 Comments