Crochet hook case


halooo..its been a while kan..hee


Nak citer pasal crochet hook case yang aku buat pada emm..hee aku pn tak berapa bak ingat dah..dalam bulan april yang lepas kot..terpikir nak buat bila terserempak ngan crochet hook case post kat pinterest..dahla comel2 kot dorang buat...so diri ini rasa terpengaruh nak buat gak..lagipun xdela bersepah crochet hooks milikku tu kan...

aku pun start buat research..nak cari  design yang senang, simple dan aku rasa aku boleh buat sendiri tanpa refer pattern..since crochet hook set aku bewarna warni aku pilih benang  warna hitam untuk buat case ni..





Mula mula aku kait bahagian base case ni (yang bertanda no 1 )..aku lupa plak nak amek gambar bahagian no 1 dan no 2 tu berasingan sebelum dijahit..lebar case ni depands dengan berapa banyak koleksi hook korang dan tinggi case plak kenala lebih tinggi daripada ukuran panjang hook.

Lepas dah siap base aku start buat no 2 iaitu poket untuk letak hooks..lebar poket kena sama dengan bahagian base dan  tinggi pula separuh daripada bahagian base..

Kemudian aku kait bahagian no 3 tu. bahagian no 3 ni berfungsi sebagai penutup untuk elakkan hooks tu menggelongsor keluar..aku pilih warna biru sebab benang warna hitam tak cukup pula..hee..aku tak catat pula pattern waktu buat case ni..tapi simple je..sebab nak cepat siap aku guna half double crochet untuk ketiga-tiga bahagian..haha nampak tak kemalasan disitu..




dah selesai mengait ketiga-tiga bahagian tadi bermula lah proses cantum mencantum..aku cantum bahagian no 2 ke bahagian no 1 dengan single crochet kan kat bahagian tepi kanan bawah dan kiri..pedek kata  kecuali bahagian atas..sori lupa nak amek gambar part ni..

proses yang sama gak untuk cantumkan bahagian no 3..tapi untuk buat penutup ni single crochet bahagian atas sahaja..kalo cantum nanti tak bole nak buka plak...




Kemudian untuk buat pembahagian poket bagi setiap crochet hook tu aku jahit lurus bagi setiap 2 baris half double crochet kat bahagian no 2. Besar poket ni korang boleh adjust ikut nak letak apa..boleh buat poket lagi besar kalau nak letak gunting ke..







Disebabkan case ni nampak plain dan dull aku decide untuk hias dengan shell crochet kat setiap bahagian tepi casing dengan warna belainan..
.



Last sekali adalah kait 2 tali untuk mengikat casing ini..tali ni aku buat dengan 2 baris half double crochet then jahit kedua-dua tali kat tepi bahagian kanan.






maka dah siapla crochet hook case ni..harap berguna la tutorial ni walaupun takde paterrn..senang je nak buat sebab guna teknik asas je..dah siap bolela susun peralatan mengait dalam casing ni..bukan saja boleh letak crochet hook..bole je letak stich marker, jarum jahit..

Lepasni takdela serabut nak cari peralatan kait dan senang nak bawa pegi mana-mana kan ^^.




Crochet Tools

Susah nak cari peralatan crochet dengan harga berpatutan?
no worries..now Himegurumi Shop melangkah setapak lagi dengan turut menjual crochet tools ^^


So lets usha


12pcs aluminum crochet hook
RM 35 per set
1 set = 2.0mm 2.5mm 3.0mm 3.5mm 4.0mm 4.5mm 5.0mm 5.5mm 6.0mm 6.5mm 7.0mm 8.0mm









 Locking Stitch Markers
RM 4 per pack
1 pack = 10 pcs
color will be given randomly








 Split Ring Stitch Markers
RM 4 per pack
1 pack =10 pcs ( 5 pcs big & 5 pcs small)
color will be given randomly







 


Plastic yarn needle
RM 4 per set
1 set= 2 pcs of 9 cm needle and 2 pcs of 7 cm needle
Each needle has a large eye suitable for threading knitting yarns.
 
 
 
 
 
 
 Knitting Cables
RM 6 per set
1 set = large (11 cm) , medium ( 10 cm), small (9 cm)
 
 
 
 
 
  
 Knitting gauge ruler
RM 6




Seperti biasa sebarang pertanyaan atau nak order ke bole pm kat page Himegurumi Shop  ok ^^



Kuma chan & Domo kun



Hii ^^

Kuma chan dan domo kun ni new ready made item kat Himegurumi Shop and their are looking for a new home ^^

Meh aku perkenalkan ngan kuma chan dan domo kun.


BIODATA
Nama: Kuma chan
Tinggi: 11 cm
Lebar: 7 cm
Materials: acrylic yarn, thread, black brad, felt, polyfil



BIODATA
Nama: Domo kun
Tinggi: 8.5 cm
Lebar: 8.5 cm
Materials: acrylic yarn, thread, black brad, felt, polyfil

Kuma chan n domo kun ni bole jadi keychain.Keychain ring akan dipasang secara percuma ^^
Kalau berminat dengan dua item ni bole pm page Himegurumi Shop. Apa? Nak kuma chan n domo kun warna lain? boleh jer.. just pm kat page Himegurumi shop

terima kasih

WORDLESS WEDNESDAY

Custom made order pouch ^^

Crochet: Cupcake



helooo ..it's been a while sangat tak update blog ni..hoho setengah tahun kot..busy sangat lah konon nye kan..

wokey nak citer pasal crochet cupcake..actually dah lama sangat buat cupcake ni and cupcake ni antara projek terawal yang aku buat waktu mula-mula berjinak ngan dunia crochet ni..

bila godek2 balik folder gambar baru perasan aku tak penah post pasal this project and yang sedihnyer aku dah tak simpan pattern yang aku gune untuk buat this cupcake..so aku share process nak buat jer k.. tapi pattern nye pun simple je..kalo tau cane nak crochet dalam bentuk bulat confirm bole buat punyer ^^..



This cupcake is not sebarang cupcake ok..hee sebenarnya cupcake ni  project recycle  bekas moisturizer  yang dah kosong.. sayang nak buang so aku guna bekas ni untuk letak butang and manik..tapi macam bosan la plak kan tengok bekas ni plain je..so aku pun bagi makeover ckit..hoho




Step 1: aku buat bahagian bawah cupcake dulu..caranya korang crochet kan bentuk bulat sampai sama besar dengan tapak bekas..then bile dah sama besar repeat crochet tu sampai sama tinggi dengan bekas macam kat dalam gambar..



Step 2: Then aku attachkan butang yang memainkan peranan as mata cupcake..hee..nak jahit boleh nak gam je pun bole..kemudian baru aku embroid kan senyuman kat tengah2 2 butang tadi guna yarn hitam..


Step 3: Dah selesai bahagian bawah cupcake, baru aku start buat bahgian atas cupcake.. yang ni  lebih kurang macam buat bahagian bawah gak..crochet kan bentuk bulat sampai sama besar dengan penutup bekas..dah sama besar repeat je crochet tu sampai tinggi yang anda suke..hoho.. Lepas tu bolehla buat macam bunga2 ckit kat tepi..


Step 4:
1. Masukkan polyfiber secukupnye supaya bahagian atas cupcake tu terisi..kalo tak nanti cupcake tu kempis je macam kek tak jadi..hee..
2. Letak gam kat tepi penutup bekas.
3. Kemudian letakkan penutup bekas tu kat bahagian atas cupcake tu..macam dalam gambar..hee susah lak nk terangkan dalam bentuk ayat..
4. Then secure kan dengan sepit baju..biarkan dalam 15 min- 30 min..


BEFORE
AFTER

 Done ^^..bekas kosong yang plain dan boring tadi dah transform jadi cupcake yg comel..bolelah letak butang, manik , kerosang kat dalam bekas ni..beside that bahagian atas cupcake tu bole digunakan untuk cucuk jarum peniti or jarum jahit..so xdela kalut nak cari jarum kan dikala memerlukan..hoho..Kalo nak comel lagi bole tambah blusher kat cupcake ni gune felt pink..

Anyway my shop HIMEGURUMI SHOP is now back to business after the long hiatus..sebarang pertanyaan dan order bolehla message kat page tu k ^^

Thanks for reading ^^



 
Copyright © HIMEGURUMI | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in