halooo..its been a while kan..hee


Nak citer pasal crochet hook case yang aku buat pada emm..hee aku pn tak berapa bak ingat dah..dalam bulan april yang lepas kot..terpikir nak buat bila terserempak ngan crochet hook case post kat pinterest..dahla comel2 kot dorang buat...so diri ini rasa terpengaruh nak buat gak..lagipun xdela bersepah crochet hooks milikku tu kan...

aku pun start buat research..nak cari  design yang senang, simple dan aku rasa aku boleh buat sendiri tanpa refer pattern..since crochet hook set aku bewarna warni aku pilih benang  warna hitam untuk buat case ni..





Mula mula aku kait bahagian base case ni (yang bertanda no 1 )..aku lupa plak nak amek gambar bahagian no 1 dan no 2 tu berasingan sebelum dijahit..lebar case ni depands dengan berapa banyak koleksi hook korang dan tinggi case plak kenala lebih tinggi daripada ukuran panjang hook.

Lepas dah siap base aku start buat no 2 iaitu poket untuk letak hooks..lebar poket kena sama dengan bahagian base dan  tinggi pula separuh daripada bahagian base..

Kemudian aku kait bahagian no 3 tu. bahagian no 3 ni berfungsi sebagai penutup untuk elakkan hooks tu menggelongsor keluar..aku pilih warna biru sebab benang warna hitam tak cukup pula..hee..aku tak catat pula pattern waktu buat case ni..tapi simple je..sebab nak cepat siap aku guna half double crochet untuk ketiga-tiga bahagian..haha nampak tak kemalasan disitu..




dah selesai mengait ketiga-tiga bahagian tadi bermula lah proses cantum mencantum..aku cantum bahagian no 2 ke bahagian no 1 dengan single crochet kan kat bahagian tepi kanan bawah dan kiri..pedek kata  kecuali bahagian atas..sori lupa nak amek gambar part ni..

proses yang sama gak untuk cantumkan bahagian no 3..tapi untuk buat penutup ni single crochet bahagian atas sahaja..kalo cantum nanti tak bole nak buka plak...




Kemudian untuk buat pembahagian poket bagi setiap crochet hook tu aku jahit lurus bagi setiap 2 baris half double crochet kat bahagian no 2. Besar poket ni korang boleh adjust ikut nak letak apa..boleh buat poket lagi besar kalau nak letak gunting ke..







Disebabkan case ni nampak plain dan dull aku decide untuk hias dengan shell crochet kat setiap bahagian tepi casing dengan warna belainan..
.



Last sekali adalah kait 2 tali untuk mengikat casing ini..tali ni aku buat dengan 2 baris half double crochet then jahit kedua-dua tali kat tepi bahagian kanan.






maka dah siapla crochet hook case ni..harap berguna la tutorial ni walaupun takde paterrn..senang je nak buat sebab guna teknik asas je..dah siap bolela susun peralatan mengait dalam casing ni..bukan saja boleh letak crochet hook..bole je letak stich marker, jarum jahit..

Lepasni takdela serabut nak cari peralatan kait dan senang nak bawa pegi mana-mana kan ^^.



0 Comments